Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Ahad, 23 Disember 2012

BUKAN TEMPAT PEMBALASAN

Tanah Sana bukan tempat pembalasan seperti yang kamu percaya. Kamu dah silap!

 

Tanah Sana adalah sebuah kehidupan. Bagaimana?

Sabtu, 22 Disember 2012

HANYA MASA MENENTUKAN

Kebesaran alam ciptaan Tuhan; kehidupan di dunia hanya mimpi. Manakala kehidupan di Tanah Sana yang sebenar. Hanya masa yang menentukan.

 

Pada pandangan manusia; sekaranglah kehidupan sebenar. Tanah Sana khayalan sahaja...

Isnin, 17 Disember 2012

MERAPU

Kamu dalam dua keadaan saja:


  • Sepertimana haiwan yang tiada kesedaran langsung tentang kehidupan di Tanah Sana.


  • Atau seperti orang mabuk (khayal) ralit dan selesa dengan kepercayaan merapu masing-masing.



 

Rabu, 28 November 2012

HINANYA KAMU

Otak kamu sudah habis digunakan untuk mengumpul harta dan mencipta nama yang tak berguna! Kamu sudah 'blank', buntu nak ke Tanah Sana. Meraba-raba...

 

Maka ikutlah kamu apa yang ada di depan mata atau apa yang dipercayai ramai atau apa yang disogok tanpa memikirkannya lagi - HINANYA KAMU...

Selasa, 20 November 2012

GARIS KASAR

Aku gariskan cara ke Tanah Sana:

 

Gembirakan diri - Sehingga tiada lagi 'stress'. Yang ada hanya rasa seronok (suka) - Kekalkan di situ. Dapatkan 'kehalusan'.

 

Tinggalkan dunia dengan 'kelembutan'. Langkah ke sana dengan YAKIN.

Sabtu, 17 November 2012

PENYELAMAT SEBENAR

Kamu tak perlu bersusah-payah memburu masa mempelajari dan mengumpul ilmu untuk selamat ke Tanah Sana. Dan tak perlu berlumba memperbanyakkan ritual kerana itu satu kesilapan besar dalam ajaran.


Kamu hanya perlu mengikuti Penunjuk Jalan; kerana dia saja yang jadi penyelamat.

Ahad, 11 November 2012

TENTERAMNYA AKU

"Aku dah tak risau lagi kerana kehidupanku di Tanah Sana sama dengan kehidupan sekarang ini."

 

"Aku dah tak takut lagi kerana sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan."

 

"Sebagaimana aku mari ke sini, sebegitulah aku pergi ke sana."


Jumaat, 9 November 2012

TIADA

"Semasa aku di Tanah Sana; ketahuilah aku yang dunia sekarang ini sebenarnya TIADA! Maka sedarlah kamu dunia ini TAK ADA. Yang ada hanya Tanah Sana yang abadi."

Sabtu, 3 November 2012

SIAPA YANG BERANI JAMIN?

Siapa yang berani menjamin keselamatan kamu di Tanah Sana? Hanya Pencipta kamu saja yang dapat menjamin kesenangan kamu di Tanah Sana.


Sudah akrabkah kamu dengan Pencipta kamu? Kalau belum akrab, sudah tentu kamu tak selamat!

Isnin, 29 Oktober 2012

MENJADI BAHAN BAKAR

Susahnya bila kamu kaya kerana takut susutnya harta benda kamu. Bahana besar! Kamu tersangat 'obses' dengan harta benda itu.


Kalau beginilah kamu; betullah kamu hanya menjadi bahan bakar di Tanah Sana.

KUNCI RAHSIA DENGAN SAYA

"Bukan senang nak memandang tembus ke Tanah Sana. Tapi kamu senang-senang berbicara tentangnya.


"Juga sia-sia kamu menuntut apa-apa balasan di Tanah Sana kalau kamu masih berkehendak hidup di dunia ini.


"Dapatkan kunci rahsia Tanah Sana dengan saya. Selagi kamu tak dapat kunci rahsia ini kamu di dalam kesesatan terus-menerus!"

Ahad, 28 Oktober 2012

MASALAH YANG MENGATASI SEGALA MASALAH

Masalah yang mengatasi segala masalah adalah; bagaimana kamu nak hidup di Tanah Sana. Inilah masalah sebenar. Yang lain cuma dimasalahkan saja!

Sabtu, 27 Oktober 2012

JANJI-JANJI KOSONG KEPERCAYAAN DANGKAL

Semua manusia mengharapkan adanya Tanah Sana. Begitu juga kamu terikut-ikut dengan pengharapan itu, walaupun hanya dengan kepercayaan yang tersangat dangkal!


Tanah Sana adalah kepastian. Tak lama lagi kamu akan berada di sana. Ingat tak kamu hal ini? Tak ingat langsung? Atau tak terpikir? Teruknya kamu...


Nampaknya kamu seperti yang sudah-sudah berharap dan bersandar kepada janji-janji manis (cerita kosong) guru-guru kamu!

Rabu, 24 Oktober 2012

AKU MENGAJAK KAMU

"Aku mengajak kamu bersama bersiap ke Tanah Sana. Mahukah kamu bersamaku?"

 

Ketahuilah masa hidup kamu hanya untuk mempersiapkan diri bersedia ke Tanah Sana.




Sabtu, 20 Oktober 2012

BUTA

Betullah mati semut tamak gula. Mati kamu terlajak harta (kerana buta). Jangan jadi bodoh lebih daripada semut! Ingatlah nasib kamu ke Tanah Sana.

Sabtu, 29 September 2012

BERHENTI SEJENAK

Kamu kena berhenti sejenak. Renung ke Tanah Sana. Sejauh-jauhnya. Tak perlu lagi berpatah balik.


Oleh kerana kamu belum ada tempat di Tanah Sana, maka kamu langsung tak berminat.


Kalau kamu dah siapkan tempat yang lebih baik daripada tempat kamu di sini, tentu kamu sentiasa memikirkan ingin segera ke sana.

Khamis, 13 September 2012

KESENANGAN HIDUP

Kamu tak ada masa. Dah tak sempat. Sudah terlambat. Tiada masa yang cukup untuk kamu membina kesenangan hidup di Tanah Sana.


Jadi bagaimana? Mati tetap mati. Kamu nak jadi hina? Sedangkan kamu kaya-raya. Bermati-matian kamu mengumpul harta bertimbun-timbun. Akhirnya sia-sia.


Kalau kena caranya tak sia-sia, tak rugi. Malah kamu cukup bertuah kerana ada banyak harta untuk membeli kesenangan hidup di Tanah Sana.

Ahad, 2 September 2012

DAPATKAN KEPASTIAN

Kamu dah amat berkuasa di sini. Kenapa kamu tak yakin kamu juga akan berkuasa di Tanah Sana? Dapatkan kepastian hal ini.


 

Khamis, 30 Ogos 2012

BOLEH BAWA KE?

Ke mana kamu nak bawa harta benda kamu itu. Ke neraka? Yang kamu nampak semuanya tak dibawa, ditinggalkan. Kamu pun tak tahu ke mana perginya orang yang meninggal.


Saya tahu kamu tak mati. Cuma kamu buangkan jasad kemudian hidup di Tanah Sana dengan keseksaan.


Kamu tak seksa sekiranya kamu memanfaatkan harta benda kamu untuk membina tempat di Tanah Sana. Sayangnya kamu hanya tahu mengumpul tapi tak tahu nak gunakan.

Ahad, 19 Ogos 2012

BOLEH BAWA

Kalau kamu tak dapat membawa rumah kamu yang mewah dan duit kamu yang banyak ke Tanah Sana amatlah rugi! Jangan tersalah anggap, kamu boleh membawanya.


Tahukah kamu ada satu rahsia yang boleh mengekalkan hak milik harta benda kamu daripada hilang. Kalau kamu tahu rahsia itu, kamu dapat menyelamatkan kesemua harta benda yang kamu sayangi.


Rabu, 18 Julai 2012

PAK TURUT

Orang yang hidup 'senang' di Tanah Sana adalah yang telah mengorbankan semua harta bendanya yang tak bermakna di dunia ini sebagai tukaran.


Kamu fikir kamu dapat percuma dengan mudah. Itu pikiran dangkal yang berbahaya! Yang sebenarnya kamu terikut saja. Pak Turut. Tak mahu tahu apa pun. Kamu serah kepada orang-orang yang kamu percaya. Kesilapan besar! !


Mesti ada  'pertukaran', 'perjanjian' dan 'jaminan'. Jangan tertipu lagi. Saya akan siapkan semua urusan itu.





Ahad, 15 Julai 2012

DAH DEKAT NAK MATI

Kamu selalu menilik cermin. Tapi tak perasan. Semakin tua. Kusam. Itulah tanda dah tak lama akan ke Tanah Sana. Pasti. Kurang cergas, kurang nampak, kurang dengar, kurang ingat. Semakin kurang semuanya. Tanda dah hampir nak mati!


Apa tunggu lagi? Persiap cepatlah sebelum tak sempat. Bukan tempah keranda, tempah tanah kubur, tapi tempah tempat 'istirehat' yang istimewa di Tanah Sana.

TUKAR AKAUN

Kamu semua maklum kuasa duit. Boleh beli apa saja. Itulah hukum. Kamu tak percaya duit boleh beli Tanah Sana, pasal kamu tak faham hukum.


Kamu ada duit banyak tak boleh bawa ke sana. Tak dapat berbelanja. Apa ertinya kamu diberi duit yang banyak itu. Rugilah.


Sebenarnya tak rugi. Kamu boleh simpan untuk belanja di Tanah Sana. Cuma tukar akaun daripada akaun sini ke akaun sana. Mudah saja.

Jumaat, 13 Julai 2012

TAK BETUL TAPI NAMPAK BETUL

Kalau di sini tempat yang akhir tak kisah sangat. Di sini segala-galanya berakhir. Satu kehidupan yang betul-betul nampak betul. Tetapi sebenarnya 'kosong'. Tiada apa.


Kamu tak faham. Sebab kamu suka dengan kesukaan 'kosong' yang akan hilang. Kamu tak nampak kehidupan sebenar yang tak hilang di Tanah Sana. Kehidupan yang mesti dituntut. Kena beli dengan harga yang teramat tinggi!



TAK ADA KENA MENGENA

Sedari dulu lagi manusia meletakkan tanggungjawab persiapannya ke Tanah Sana di tangan 'orang-orang tertentu'. Tak ada kena-mengena langsung.


Kamu yang akan ke sana. Kamu sendirian. Tiada siapa dapat menolong. Kecuali duit kamu yang banyak kamu belanjakan untuk menempah tempat istimewa di Tanah Sana. Tak mungkin duit yang banyak itu tak dapat menyelamatkan kamu.


"Saya katakan kepada kamu; lagi banyak kamu belanjakan lagi tenteram kamu di sana!"






KULI

Apa yang kamu perlu guna hari ini, itu sajalah yang menjadi hak kamu ke atas duit yang banyak kamu simpan itu. Selebihnya menjadikan kamu 'kuli' jaga duit.


Belilah Tanah Sana. Ada duit beli seluas mungkin. Jadilah pemilik 'tanah' yang terluas. Di sana kamu menguasai selamanya. Di sini kamu hanya kuli sampai mati!

SIAPKAN DAHULU

Jangan sampai terlambat buat perkiraan. Jangan banyak tanya. Tak boleh teragak-agak. Ambil keputusan sekarang. Ke mana kamu nak bawa duit kamu yang banyak itu?


Belilah Tanah Sana. Kamu tak rugi. Bila dah ada tempat di sana kamu tak perlu risau. Pergi saja dan duduki. Siapkan dahulu. Bertindaklah ketika kamu mampu melakukannya.

Rabu, 11 Julai 2012

SAYA BOLEH URUSKAN

Walaupun kamu tak cakna. Tak kisah. Tak risau dan tak bimbang, kamu tetap ke Tanah Sana. Kamu tak pernah tanya dan memikirkan bagaimana rupanya Tanah Sana itu. Kamu lebih rela membeli 'tanah sini' yang tak berguna langsung. Dan beria-ia buang duit untuk memewahkan kediaman yang tak bermakna.


Lagi kaya kamu lagi dungulah pemikiran kamu. Tak sedar yang kamu sedang menunggu bahaya. Menanti kesakitan yang tiada penghujung. Kesian kamu dilalaikan oleh keseronokan mainan dunia dan tipuannya.


Jangan buang duit tak tentu pasal. Belanjakan untuk menempah tempat di Tanah Sana. Saya boleh tolong 'uruskan'.

Sabtu, 7 Julai 2012

ANUTAN TRADISI YANG TAK JELAS

Baiklah. Kamu kata dah ada ilmu berserta amalnya sekali. Ilmu apa? Dan amal apa yang kamu bangga sangat. Jelaskah bagi kamu? Kalau hanya mengharap dan berharap, serta bersandar pada guru kamu saja, kamu dah tertipu dan ditipu! !


Sebenarnya kamu mesti nampak jelas di 'depan mata'. Dan berani bersaksi: "Inilah cagaranku di Tanah Sana." Bagaimana kamu nak nampak, kamu dah dibutakan oleh pendidikan semasa.

 

Tak dapat 'bersaksi' kerana kamu tak ada bukti jelas. Yang ada angan-angan kosong! Dan cerita-cerita dongeng penglipurlara daripada nenek moyang kamu saja.

KENAPA TAK BELI ILMU

Kamu memang tak sedar diri. Tak sedar yang kamu akan mati bila-bila masa. Sampai bila kamu nak kumpul dan simpan duit? Sampai orang kata kamu bodoh; duit ada otak tak ada.


Kenapa tak beli ilmu yang paling berharga dalam kehidupan ini. Iaitu ilmu hidup selepas mati. Kamu bijak dan sangat beruntung bila membelanjakan kesemua duit simpanan kamu bagi memperolehi ilmu yang menjamin kehidupan abadi di Tanah Sana.



Khamis, 12 April 2012

PELABURAN

Banyaknya kamu kumpul atau terkumpulnya duit kamu. Semakin lama semakin banyak. Sehingga tak tahu nak belanjakan. Persiakannya dengan perbelanjaan yang tak wajar. Sebenarnya kamu sudah ada 'aset' untuk ke Tanah Sana dengan senang hati. Tapi kamu tak tahu nak guna aset itu.

      

Cuba kamu fikir sejenak, mengapa begitu banyak terkumpul duit kamu. Mesti berbuat sesuatu! Duit itu sebenarnya boleh dibelanjakan untuk menyedarkan kamu daripada 'tidur' yang panjang. Sekarang kamu sedang tidur diagah oleh mimpi kosong. Kerana tidurlah duit itu terkumpul!

       

Bangunlah!! Mulakan pelaburan yang sebenar. Yang memberi pulangan sebenar. Carilah saham yang benar.

MESTI BELI DULU

Kehidupan di Tanah Sana seperti juga di sini . Iaitu satu dunia yang tiada penghujung. Ada tempat tinggal masing-masing. Sudah adakah tempat tinggal kamu? Kalau tak ada kenapa tak beli?


Di Tanah Sana kamu menuntut surga (tempat baik). Bagaimana kamu nak perolehi sedangkan kamu belum membelinya. Belum menempah lagi.


Di Tanah Sana semuanya tersedia mengikut keupayaan kamu mendapatkannya. Sekaranglah masanya kamu membeli dan mempersiapkan tempat tinggal kamu di Tanah Sana itu.

BEBAL

Kononnya kamu telah selamat kerana banyak amal ibadat dan banyak pula pahala. Kamu rasa selesa. Macam sudah pasti ke surga. Egonya kamu dan guru kamu. Tak ada kena mengena langsung antara amal ibadat dan pahala kamu dengan surga yang kamu dambarkan.


Besar sangatkah amal ibadat kamu? Penting sangatkah pahala kamu? Kamu memang bebal. Nanti kamu 'shock' di Tanah Sana.

PELITA HATI

Apa yang kamu sedang buat? Cari duit banyak? Untuk apa? Simpan? Bodohnya kamu!

 

Kamu bijak jika belanjakan untuk mendapatkan 'pelita hati'. Belilah pelita hati walaupun habis duit kamu.


Kamu dapat suluh apa yang kamu tak nampak selama ini. Apa yang langsung tak terlintas di benak kamu. Yang terujanya kamu dapat melihat rahsia diri kamu sendiri! 


Di Tanah Sana kamu perlukan cahaya pelita itu. Kalau tak ada, kamu tak ada kehidupan di sana. Gelap-gelita. Rugi! Teramatlah rugi...

MASIH BERLENGAH-LENGAH

Hari semakin singkat. Masa sudah tiada untuk berlengah-lengah lagi. Sememangnya hari-hari di sini adalah masa menunggu menjelangnya saat bermulanya kehidupan di Tanah Sana.


Kamu sedang menunggu datangnya masa yang sebenar, kehidupan yang sebenar. Jadi kenapa tak berganjak. Kamu memang tak takut. Tak takut kamu tak sempat mempersiapkan diri. Kalau tak bertindak sekarang sememangnya dah tak sempat!!

MEMBELI SEBUAH NEGERI

Bila dah cukup duit terkumpul, carilah 'broker' untuk membeli tanah di sana. Cuba kamu taksirkan nilai sebuah negeri di Tanah Sana. Mampukah kamu?


Takkan kamu nak duduk dalam rumah saja. Sudah tentu nak berjalan-jalan keluar. Kalau tak ada negeri macam mana nak berjalan??!

BAYAR SEORANG PESURUH

Beruntunglah kamu sekiranya ada duit banyak berlambak. Lagi-lagi kamu beruntung sekiranya dapat membayar seorang 'pesuruh' mempersiapkan tempat yang elok bagi kamu di Tanah Sana.

CUBA TENGOK DIRI KAMU

Kamu rasa dan berasa telah berjaya kerana duit banyak tak terhitung. Kamu cuma berasa atau perasan saja. Cuba tengok diri kamu, kalau terlambat basuh bau busuk. Tak betul makan tak bermaya. Tak jaga terkena sakit. Dan mesti ada penyakit!

    

Kamu tak berjaya. Tak akan berjaya melepaskan diri daripada diri kamu yang busuk, yang sedang memburuk dan yang sering sakit. Cuba tengok diri kamu; di manakah kemuliaan kamu ketika sedang 'buang air'? -  Itulah nilai kamu yang sebenarnya. Kamu perasan kamu mulia dan berjaya.

    

Berjaya dan mulia yang sebenarnya; bila dapat melepaskan diri daripada 'yang' tak berguna itu dan lalu 'menyucikan diri' (bersiap) untuk ke Tanah Sana.

      

PERLUNYA PENUNJUK JALAN

Kalau tiada pembimbing kamu tak akan tahu apa maknanya 'kehidupan ini'. Dan kamu juga tidak faham erti 'sesat'. Sesat di hutan, sesat di bandar besar atau sesat jalan, betapa sukarnya mencari jalan keluar jika tiada 'petunjuk'. Lagi-lagilah payah kalau sesat dalam kehidupan ini! Jadi, pembimbing atau Penunjuk Jalan amat diperlukan dalam kehidupan ini.

 

Sedarkah, kamu sedang bergerak ke suatu 'tempat kesudahan alam' dengan hanya berpandukan keterangan yang diwarisi oleh nenek moyang dahulu. Kamu tiada penunjuk yang tepat; yang boleh mendorong ke tempat yang sepatutnya, tempat idaman semua manusia iaitu surga!


Surga yang diimpikan semua manusia ada di Tanah Sana. Bagaimana rupa yang sebenarnya? Tak dapat nak gambarkan. Kalau kamu nak tengok juga cuma ada satu jalan iaitu ada ilmu makrifat dan tengok dengan mata batin.

     

Yang ada ilmu makrifat dan yang celik mata batin hanya ada seorang untuk satu masa. Kamu tak kenal siapa. Ramai yang mengaku! Semuanya palsu!!

Sabtu, 18 Februari 2012

BEKALAN YANG BASI

KAMU masih tak nak mengaku yang kamu sedang hanyut ke sempadan mati! Semuanya hidup bergerak ke sana. Kamu leka dengan menikmati permandangan di sepanjang laluan. Jangan leka! Bersedialah...

      

Kamu yakin kamu dah bersedia? Cuba tengok kembali, 'bekalan' kamu dah basi! Kasihan, kamu tertipu dan ditipu. Lagi-lagi kasihan, duit dan masa habis untuk mengutip bekalan yang tak berguna itu.

      

Ingatlah kamu akan ke Tanah Sana. Jangan jadi 'budak', kutip apa yang 'diberi'. Lepaskan dan bebaskan diri. Bila dah terlepas carilah Bekalan Sebenar.


Sabtu, 11 Februari 2012

KEPERCAYAAN YANG DANGKAL

SEMUA orang mengaku dan menganggap kepercayaan mereka betul, merekalah yang benar. Begitu juga kamu terikut-ikut. Benarkah kepercayaan kamu?

     

Kalau kamu memiliki akal yang bijaksana, 'arif' (akal tingkat tinggi), kamu akan nampak kedangkalan yang ada pada kepercayaan itu.                   .

    

Orang yang ada akal ini telah mengenal dunia. Dan dia sentiasa nampak tempat yang dituju, Tanah Sana.

    

Kalau kamu sanggup dan rela korbankan masa dan duit kamu, barulah kamu dapat memiliki akal ini, kerana perlu 'pengasahan' yang lama!

Selasa, 7 Februari 2012

BERBAIK DENGAN PENGUASA

SIAPAKAH yang akan bersama dan menemani kamu di Tanah Sana. Sudahkah kamu mendapat teman?

     

Saya cadangkan kamu cuba dampingi 'Penguasa' di sini, yang juga satu-satunya pemilik Tanah Sana. Kalau kamu nak kenal, saya boleh perkenalkan.

     

Tapi Penguasa itu Maha Besar lagi Maha Tinggi. Kalau kamu tak menunduk berserah diri, tak mungkin kamu dapat berkenalan dengannya...

Jumaat, 3 Februari 2012

KENA BELI

KAMU ingat surga hak kamu? Ada jaminan? Yakinkah kamu akan ke surga? Adakah surga untuk kamu? Kamu perasan.


Kamu memang manusia jenis Pak Turut, diperbodoh oleh kepercayaan dangkal masing-masing.


Bagaimana rupa surga yang kamu mahukan? Tentu kamu mahu seperti yang telah digambarkan. Mahu yang indah-indah saja. Yang sedap-sedap saja. Yang seronok, gembira, senang, pendek kata semua yang elok-elok saja.

    

Hei! Semua itu mesti dibeli, kena bayar. Bukan senang-senang dapat. Kalau kamu mahu banyak, mesti belanja banyak. Tapi dengan siapa kamu nak beli?



Rabu, 1 Februari 2012

JANGAN LEKA BELI DULU

SEBENARNYA kamu tak ada masa untuk bersenang-senang lagi. Baik kamu tumpukan kepada kehidupan di Tanah Sana. Kamu buka rancangan hidup di sana. Kamu aturkan segala persediaan.


Tempat di sana bukan tempat kamu. Kamu mesti beli dulu. Tanah Sana tersangat mahal! Perlu duit banyak. Mengertilah...

    

Kamu jangan leka kerana kamu sedang bergerak bersama bergeraknya alam ini menuju satu titik 'blackout'. Kamu mendahului sampai ke titik itu. Kemudian diikuti oleh alam ini. Tapi kamu tak terasa kerana pergerakan ini hanyuttt.. saja.


Mengapa simpan kemudian tinggalkan duit kamu di sini? Rugi... Kena kendong bersama, bawa untuk belanja di Tanah Sana. Tahukah kamu cara nak bawa?

Isnin, 30 Januari 2012

CARI IKATAN

APA kamu nak buat dengan duit yang banyak dalam simpanan. Sekarang umur kamu dah senja. Rasa-rasanya tak lama lagi nasib kamu akan menjadi malang. Mungkin kamu tak berguna lagi untuk khalayak. Kamu memang tak berguna langsung, hanya duit kamu saja yang berguna! Fahamilah...


Kamu tak akan mati sampai bila bila. Setelah kamu hidup, hidup ini akan berterusan lagi di Tanah Sana. Siapa cakap kamu mati? Kamu tak mati!


Bagaimana dengan duit kamu yang banyak? Sebenarnya kamu tidak ada ikatan dengan duit itu. Kamu tak sedar yang duit itu kamu pegang saja. Kamu dah tertipu. Kamu sepatutnya mencari satu ikatan yang boleh membawa duit itu bersama ke Tanah Sana...




Sabtu, 28 Januari 2012

TEMPAT SEMAYAM

Di Tanah Sana ada 'tempat semayam'. Kamu mesti berebut untuk beli tempat semayam itu. Kalau tidak kamu akan berterbangan macam serangga. Tempat itu tersangat mahal, kalau banyak duit kamu mungkin boleh beli. Kalau tak ada, jangan harap dapat!!

    

Bagaimana kamu nak beli???

Jumaat, 27 Januari 2012

BELI PANDANGAN

DENGAN kamu mempercayai akan ada kehidupan selepas mati, maka kamu semuanya mengharaplah mendapat tempat di surga, kerana digambarkan surga itu dengan segala kenikmatan. Sebenarnya kepercayaan itu kosong dan pengharapan yang bahaya.

    

Siapakah mempunyai kepercayaan yang benar? Yang memiliki kepercayaan yang benar hanya orang yang nampak Tanah Sana dengan mata seterang-terangnya, sejelas-jelasnya. Maka kamu bukan orangnya, begitu juga guru kamu. Tapi jika ada duit banyak kamu boleh cari dan beli orang yang nampak itu dengan pandangannya sekali. Itulah kuasa duit kalau kamu nak tahu.

Rabu, 25 Januari 2012

MENCIPTA DUNIA SENDIRI

KAMU tak bahagia hidup di dunia. Tak cukup seronok. Banyak gangguan. Ada kebimbangan dan ketakutan. Atau banyak penyakit. Tak senang hati. Padahal kamu sangat ingin menikmati keseronokan hidup ini. Kamu ada banyak duit nak bermewah-mewahan. Tapi tak sempurna tak menepati kehendakmu. Betul; dengan duit banyak berlimpahan kamu boleh merasai nikmat hidup ini. Cuma kamu tak tahu.

     

Sahlah duit menjadi 'nyawa' kepada kesenangan hidup. Kamu tahu tak, duit juga adalah nyawa di Tanah Sana. Lagi banyak kamu simpan untuk kehidupan di sana, lagi mewah kehidupan kamu nanti. Betulkah ini? Ya, memang betul. Kamu tak tahu. Sesiapa pun tak tahu. Kerana rahsianya hanya ada dengan saya!

     

Memang dunia ini tak sesuai untuk menikmati kebahagiaan. Namun begitu kamu boleh 'gembira' dengan mencipta dunia kamu sendiri. Dengan duit yang banyak kamu boleh cipta dunia kamu semahunya, kalau tahu rahsia. Inilah asas kepada membina 'hidup' di Tanah Sana!!

BENARKAH BEGITU?

BETULKAH ada akhirat sebagaimana yang kamu faham atau percaya? Benarkah ada Tanah Sana itu? Benar-benar yakinkah kamu dengan kepercayaan itu. Tak ada keraguan langsung? Baiklah, boleh bagi bukti? Kalau tak ada, bagaimana boleh percaya? Silap-silap kamu tak ke Tanah Sana. Ke mana pula kamu pergi?!!

    

Kamu dalam bahaya percaya tanpa kepastian. Jadi Pak Turut kepada kepercayaan dangkal yang kosong. Kalau kamu tak faham datanglah kepada saya. Saya tahu yang sebenar...                                       

BOLEH DIBAWA

TIDAK terfikirkah kamu betapa sia-sianya kekayaan yang kamu kumpul, yang telah mengorbankan usia dan tenaga, tetapi tak boleh guna di Tanah Sana.


Lain pula jadinya kalau kamu bersama saya. Saya akan tunjukkan bagaimana kekayaan kamu dapat membeli Tanah Sana! Jangan terkejut. Inilah yang dinamakan kekayaan dunia boleh dibawa ke akhirat sekiranya kamu tahu rahsianya.