Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Isnin, 30 Januari 2012

CARI IKATAN

APA kamu nak buat dengan duit yang banyak dalam simpanan. Sekarang umur kamu dah senja. Rasa-rasanya tak lama lagi nasib kamu akan menjadi malang. Mungkin kamu tak berguna lagi untuk khalayak. Kamu memang tak berguna langsung, hanya duit kamu saja yang berguna! Fahamilah...


Kamu tak akan mati sampai bila bila. Setelah kamu hidup, hidup ini akan berterusan lagi di Tanah Sana. Siapa cakap kamu mati? Kamu tak mati!


Bagaimana dengan duit kamu yang banyak? Sebenarnya kamu tidak ada ikatan dengan duit itu. Kamu tak sedar yang duit itu kamu pegang saja. Kamu dah tertipu. Kamu sepatutnya mencari satu ikatan yang boleh membawa duit itu bersama ke Tanah Sana...




Sabtu, 28 Januari 2012

TEMPAT SEMAYAM

Di Tanah Sana ada 'tempat semayam'. Kamu mesti berebut untuk beli tempat semayam itu. Kalau tidak kamu akan berterbangan macam serangga. Tempat itu tersangat mahal, kalau banyak duit kamu mungkin boleh beli. Kalau tak ada, jangan harap dapat!!

    

Bagaimana kamu nak beli???

Jumaat, 27 Januari 2012

BELI PANDANGAN

DENGAN kamu mempercayai akan ada kehidupan selepas mati, maka kamu semuanya mengharaplah mendapat tempat di surga, kerana digambarkan surga itu dengan segala kenikmatan. Sebenarnya kepercayaan itu kosong dan pengharapan yang bahaya.

    

Siapakah mempunyai kepercayaan yang benar? Yang memiliki kepercayaan yang benar hanya orang yang nampak Tanah Sana dengan mata seterang-terangnya, sejelas-jelasnya. Maka kamu bukan orangnya, begitu juga guru kamu. Tapi jika ada duit banyak kamu boleh cari dan beli orang yang nampak itu dengan pandangannya sekali. Itulah kuasa duit kalau kamu nak tahu.

Rabu, 25 Januari 2012

MENCIPTA DUNIA SENDIRI

KAMU tak bahagia hidup di dunia. Tak cukup seronok. Banyak gangguan. Ada kebimbangan dan ketakutan. Atau banyak penyakit. Tak senang hati. Padahal kamu sangat ingin menikmati keseronokan hidup ini. Kamu ada banyak duit nak bermewah-mewahan. Tapi tak sempurna tak menepati kehendakmu. Betul; dengan duit banyak berlimpahan kamu boleh merasai nikmat hidup ini. Cuma kamu tak tahu.

     

Sahlah duit menjadi 'nyawa' kepada kesenangan hidup. Kamu tahu tak, duit juga adalah nyawa di Tanah Sana. Lagi banyak kamu simpan untuk kehidupan di sana, lagi mewah kehidupan kamu nanti. Betulkah ini? Ya, memang betul. Kamu tak tahu. Sesiapa pun tak tahu. Kerana rahsianya hanya ada dengan saya!

     

Memang dunia ini tak sesuai untuk menikmati kebahagiaan. Namun begitu kamu boleh 'gembira' dengan mencipta dunia kamu sendiri. Dengan duit yang banyak kamu boleh cipta dunia kamu semahunya, kalau tahu rahsia. Inilah asas kepada membina 'hidup' di Tanah Sana!!

BENARKAH BEGITU?

BETULKAH ada akhirat sebagaimana yang kamu faham atau percaya? Benarkah ada Tanah Sana itu? Benar-benar yakinkah kamu dengan kepercayaan itu. Tak ada keraguan langsung? Baiklah, boleh bagi bukti? Kalau tak ada, bagaimana boleh percaya? Silap-silap kamu tak ke Tanah Sana. Ke mana pula kamu pergi?!!

    

Kamu dalam bahaya percaya tanpa kepastian. Jadi Pak Turut kepada kepercayaan dangkal yang kosong. Kalau kamu tak faham datanglah kepada saya. Saya tahu yang sebenar...                                       

BOLEH DIBAWA

TIDAK terfikirkah kamu betapa sia-sianya kekayaan yang kamu kumpul, yang telah mengorbankan usia dan tenaga, tetapi tak boleh guna di Tanah Sana.


Lain pula jadinya kalau kamu bersama saya. Saya akan tunjukkan bagaimana kekayaan kamu dapat membeli Tanah Sana! Jangan terkejut. Inilah yang dinamakan kekayaan dunia boleh dibawa ke akhirat sekiranya kamu tahu rahsianya.