Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Sabtu, 18 Februari 2012

BEKALAN YANG BASI

KAMU masih tak nak mengaku yang kamu sedang hanyut ke sempadan mati! Semuanya hidup bergerak ke sana. Kamu leka dengan menikmati permandangan di sepanjang laluan. Jangan leka! Bersedialah...

      

Kamu yakin kamu dah bersedia? Cuba tengok kembali, 'bekalan' kamu dah basi! Kasihan, kamu tertipu dan ditipu. Lagi-lagi kasihan, duit dan masa habis untuk mengutip bekalan yang tak berguna itu.

      

Ingatlah kamu akan ke Tanah Sana. Jangan jadi 'budak', kutip apa yang 'diberi'. Lepaskan dan bebaskan diri. Bila dah terlepas carilah Bekalan Sebenar.


Sabtu, 11 Februari 2012

KEPERCAYAAN YANG DANGKAL

SEMUA orang mengaku dan menganggap kepercayaan mereka betul, merekalah yang benar. Begitu juga kamu terikut-ikut. Benarkah kepercayaan kamu?

     

Kalau kamu memiliki akal yang bijaksana, 'arif' (akal tingkat tinggi), kamu akan nampak kedangkalan yang ada pada kepercayaan itu.                   .

    

Orang yang ada akal ini telah mengenal dunia. Dan dia sentiasa nampak tempat yang dituju, Tanah Sana.

    

Kalau kamu sanggup dan rela korbankan masa dan duit kamu, barulah kamu dapat memiliki akal ini, kerana perlu 'pengasahan' yang lama!

Selasa, 7 Februari 2012

BERBAIK DENGAN PENGUASA

SIAPAKAH yang akan bersama dan menemani kamu di Tanah Sana. Sudahkah kamu mendapat teman?

     

Saya cadangkan kamu cuba dampingi 'Penguasa' di sini, yang juga satu-satunya pemilik Tanah Sana. Kalau kamu nak kenal, saya boleh perkenalkan.

     

Tapi Penguasa itu Maha Besar lagi Maha Tinggi. Kalau kamu tak menunduk berserah diri, tak mungkin kamu dapat berkenalan dengannya...

Jumaat, 3 Februari 2012

KENA BELI

KAMU ingat surga hak kamu? Ada jaminan? Yakinkah kamu akan ke surga? Adakah surga untuk kamu? Kamu perasan.


Kamu memang manusia jenis Pak Turut, diperbodoh oleh kepercayaan dangkal masing-masing.


Bagaimana rupa surga yang kamu mahukan? Tentu kamu mahu seperti yang telah digambarkan. Mahu yang indah-indah saja. Yang sedap-sedap saja. Yang seronok, gembira, senang, pendek kata semua yang elok-elok saja.

    

Hei! Semua itu mesti dibeli, kena bayar. Bukan senang-senang dapat. Kalau kamu mahu banyak, mesti belanja banyak. Tapi dengan siapa kamu nak beli?



Rabu, 1 Februari 2012

JANGAN LEKA BELI DULU

SEBENARNYA kamu tak ada masa untuk bersenang-senang lagi. Baik kamu tumpukan kepada kehidupan di Tanah Sana. Kamu buka rancangan hidup di sana. Kamu aturkan segala persediaan.


Tempat di sana bukan tempat kamu. Kamu mesti beli dulu. Tanah Sana tersangat mahal! Perlu duit banyak. Mengertilah...

    

Kamu jangan leka kerana kamu sedang bergerak bersama bergeraknya alam ini menuju satu titik 'blackout'. Kamu mendahului sampai ke titik itu. Kemudian diikuti oleh alam ini. Tapi kamu tak terasa kerana pergerakan ini hanyuttt.. saja.


Mengapa simpan kemudian tinggalkan duit kamu di sini? Rugi... Kena kendong bersama, bawa untuk belanja di Tanah Sana. Tahukah kamu cara nak bawa?