Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Khamis, 12 April 2012

PELABURAN

Banyaknya kamu kumpul atau terkumpulnya duit kamu. Semakin lama semakin banyak. Sehingga tak tahu nak belanjakan. Persiakannya dengan perbelanjaan yang tak wajar. Sebenarnya kamu sudah ada 'aset' untuk ke Tanah Sana dengan senang hati. Tapi kamu tak tahu nak guna aset itu.

      

Cuba kamu fikir sejenak, mengapa begitu banyak terkumpul duit kamu. Mesti berbuat sesuatu! Duit itu sebenarnya boleh dibelanjakan untuk menyedarkan kamu daripada 'tidur' yang panjang. Sekarang kamu sedang tidur diagah oleh mimpi kosong. Kerana tidurlah duit itu terkumpul!

       

Bangunlah!! Mulakan pelaburan yang sebenar. Yang memberi pulangan sebenar. Carilah saham yang benar.

MESTI BELI DULU

Kehidupan di Tanah Sana seperti juga di sini . Iaitu satu dunia yang tiada penghujung. Ada tempat tinggal masing-masing. Sudah adakah tempat tinggal kamu? Kalau tak ada kenapa tak beli?


Di Tanah Sana kamu menuntut surga (tempat baik). Bagaimana kamu nak perolehi sedangkan kamu belum membelinya. Belum menempah lagi.


Di Tanah Sana semuanya tersedia mengikut keupayaan kamu mendapatkannya. Sekaranglah masanya kamu membeli dan mempersiapkan tempat tinggal kamu di Tanah Sana itu.

BEBAL

Kononnya kamu telah selamat kerana banyak amal ibadat dan banyak pula pahala. Kamu rasa selesa. Macam sudah pasti ke surga. Egonya kamu dan guru kamu. Tak ada kena mengena langsung antara amal ibadat dan pahala kamu dengan surga yang kamu dambarkan.


Besar sangatkah amal ibadat kamu? Penting sangatkah pahala kamu? Kamu memang bebal. Nanti kamu 'shock' di Tanah Sana.

PELITA HATI

Apa yang kamu sedang buat? Cari duit banyak? Untuk apa? Simpan? Bodohnya kamu!

 

Kamu bijak jika belanjakan untuk mendapatkan 'pelita hati'. Belilah pelita hati walaupun habis duit kamu.


Kamu dapat suluh apa yang kamu tak nampak selama ini. Apa yang langsung tak terlintas di benak kamu. Yang terujanya kamu dapat melihat rahsia diri kamu sendiri! 


Di Tanah Sana kamu perlukan cahaya pelita itu. Kalau tak ada, kamu tak ada kehidupan di sana. Gelap-gelita. Rugi! Teramatlah rugi...

MASIH BERLENGAH-LENGAH

Hari semakin singkat. Masa sudah tiada untuk berlengah-lengah lagi. Sememangnya hari-hari di sini adalah masa menunggu menjelangnya saat bermulanya kehidupan di Tanah Sana.


Kamu sedang menunggu datangnya masa yang sebenar, kehidupan yang sebenar. Jadi kenapa tak berganjak. Kamu memang tak takut. Tak takut kamu tak sempat mempersiapkan diri. Kalau tak bertindak sekarang sememangnya dah tak sempat!!

MEMBELI SEBUAH NEGERI

Bila dah cukup duit terkumpul, carilah 'broker' untuk membeli tanah di sana. Cuba kamu taksirkan nilai sebuah negeri di Tanah Sana. Mampukah kamu?


Takkan kamu nak duduk dalam rumah saja. Sudah tentu nak berjalan-jalan keluar. Kalau tak ada negeri macam mana nak berjalan??!

BAYAR SEORANG PESURUH

Beruntunglah kamu sekiranya ada duit banyak berlambak. Lagi-lagi kamu beruntung sekiranya dapat membayar seorang 'pesuruh' mempersiapkan tempat yang elok bagi kamu di Tanah Sana.

CUBA TENGOK DIRI KAMU

Kamu rasa dan berasa telah berjaya kerana duit banyak tak terhitung. Kamu cuma berasa atau perasan saja. Cuba tengok diri kamu, kalau terlambat basuh bau busuk. Tak betul makan tak bermaya. Tak jaga terkena sakit. Dan mesti ada penyakit!

    

Kamu tak berjaya. Tak akan berjaya melepaskan diri daripada diri kamu yang busuk, yang sedang memburuk dan yang sering sakit. Cuba tengok diri kamu; di manakah kemuliaan kamu ketika sedang 'buang air'? -  Itulah nilai kamu yang sebenarnya. Kamu perasan kamu mulia dan berjaya.

    

Berjaya dan mulia yang sebenarnya; bila dapat melepaskan diri daripada 'yang' tak berguna itu dan lalu 'menyucikan diri' (bersiap) untuk ke Tanah Sana.

      

PERLUNYA PENUNJUK JALAN

Kalau tiada pembimbing kamu tak akan tahu apa maknanya 'kehidupan ini'. Dan kamu juga tidak faham erti 'sesat'. Sesat di hutan, sesat di bandar besar atau sesat jalan, betapa sukarnya mencari jalan keluar jika tiada 'petunjuk'. Lagi-lagilah payah kalau sesat dalam kehidupan ini! Jadi, pembimbing atau Penunjuk Jalan amat diperlukan dalam kehidupan ini.

 

Sedarkah, kamu sedang bergerak ke suatu 'tempat kesudahan alam' dengan hanya berpandukan keterangan yang diwarisi oleh nenek moyang dahulu. Kamu tiada penunjuk yang tepat; yang boleh mendorong ke tempat yang sepatutnya, tempat idaman semua manusia iaitu surga!


Surga yang diimpikan semua manusia ada di Tanah Sana. Bagaimana rupa yang sebenarnya? Tak dapat nak gambarkan. Kalau kamu nak tengok juga cuma ada satu jalan iaitu ada ilmu makrifat dan tengok dengan mata batin.

     

Yang ada ilmu makrifat dan yang celik mata batin hanya ada seorang untuk satu masa. Kamu tak kenal siapa. Ramai yang mengaku! Semuanya palsu!!