Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Rabu, 18 Julai 2012

PAK TURUT

Orang yang hidup 'senang' di Tanah Sana adalah yang telah mengorbankan semua harta bendanya yang tak bermakna di dunia ini sebagai tukaran.


Kamu fikir kamu dapat percuma dengan mudah. Itu pikiran dangkal yang berbahaya! Yang sebenarnya kamu terikut saja. Pak Turut. Tak mahu tahu apa pun. Kamu serah kepada orang-orang yang kamu percaya. Kesilapan besar! !


Mesti ada  'pertukaran', 'perjanjian' dan 'jaminan'. Jangan tertipu lagi. Saya akan siapkan semua urusan itu.





Ahad, 15 Julai 2012

DAH DEKAT NAK MATI

Kamu selalu menilik cermin. Tapi tak perasan. Semakin tua. Kusam. Itulah tanda dah tak lama akan ke Tanah Sana. Pasti. Kurang cergas, kurang nampak, kurang dengar, kurang ingat. Semakin kurang semuanya. Tanda dah hampir nak mati!


Apa tunggu lagi? Persiap cepatlah sebelum tak sempat. Bukan tempah keranda, tempah tanah kubur, tapi tempah tempat 'istirehat' yang istimewa di Tanah Sana.

TUKAR AKAUN

Kamu semua maklum kuasa duit. Boleh beli apa saja. Itulah hukum. Kamu tak percaya duit boleh beli Tanah Sana, pasal kamu tak faham hukum.


Kamu ada duit banyak tak boleh bawa ke sana. Tak dapat berbelanja. Apa ertinya kamu diberi duit yang banyak itu. Rugilah.


Sebenarnya tak rugi. Kamu boleh simpan untuk belanja di Tanah Sana. Cuma tukar akaun daripada akaun sini ke akaun sana. Mudah saja.

Jumaat, 13 Julai 2012

TAK BETUL TAPI NAMPAK BETUL

Kalau di sini tempat yang akhir tak kisah sangat. Di sini segala-galanya berakhir. Satu kehidupan yang betul-betul nampak betul. Tetapi sebenarnya 'kosong'. Tiada apa.


Kamu tak faham. Sebab kamu suka dengan kesukaan 'kosong' yang akan hilang. Kamu tak nampak kehidupan sebenar yang tak hilang di Tanah Sana. Kehidupan yang mesti dituntut. Kena beli dengan harga yang teramat tinggi!



TAK ADA KENA MENGENA

Sedari dulu lagi manusia meletakkan tanggungjawab persiapannya ke Tanah Sana di tangan 'orang-orang tertentu'. Tak ada kena-mengena langsung.


Kamu yang akan ke sana. Kamu sendirian. Tiada siapa dapat menolong. Kecuali duit kamu yang banyak kamu belanjakan untuk menempah tempat istimewa di Tanah Sana. Tak mungkin duit yang banyak itu tak dapat menyelamatkan kamu.


"Saya katakan kepada kamu; lagi banyak kamu belanjakan lagi tenteram kamu di sana!"






KULI

Apa yang kamu perlu guna hari ini, itu sajalah yang menjadi hak kamu ke atas duit yang banyak kamu simpan itu. Selebihnya menjadikan kamu 'kuli' jaga duit.


Belilah Tanah Sana. Ada duit beli seluas mungkin. Jadilah pemilik 'tanah' yang terluas. Di sana kamu menguasai selamanya. Di sini kamu hanya kuli sampai mati!

SIAPKAN DAHULU

Jangan sampai terlambat buat perkiraan. Jangan banyak tanya. Tak boleh teragak-agak. Ambil keputusan sekarang. Ke mana kamu nak bawa duit kamu yang banyak itu?


Belilah Tanah Sana. Kamu tak rugi. Bila dah ada tempat di sana kamu tak perlu risau. Pergi saja dan duduki. Siapkan dahulu. Bertindaklah ketika kamu mampu melakukannya.

Rabu, 11 Julai 2012

SAYA BOLEH URUSKAN

Walaupun kamu tak cakna. Tak kisah. Tak risau dan tak bimbang, kamu tetap ke Tanah Sana. Kamu tak pernah tanya dan memikirkan bagaimana rupanya Tanah Sana itu. Kamu lebih rela membeli 'tanah sini' yang tak berguna langsung. Dan beria-ia buang duit untuk memewahkan kediaman yang tak bermakna.


Lagi kaya kamu lagi dungulah pemikiran kamu. Tak sedar yang kamu sedang menunggu bahaya. Menanti kesakitan yang tiada penghujung. Kesian kamu dilalaikan oleh keseronokan mainan dunia dan tipuannya.


Jangan buang duit tak tentu pasal. Belanjakan untuk menempah tempat di Tanah Sana. Saya boleh tolong 'uruskan'.

Sabtu, 7 Julai 2012

ANUTAN TRADISI YANG TAK JELAS

Baiklah. Kamu kata dah ada ilmu berserta amalnya sekali. Ilmu apa? Dan amal apa yang kamu bangga sangat. Jelaskah bagi kamu? Kalau hanya mengharap dan berharap, serta bersandar pada guru kamu saja, kamu dah tertipu dan ditipu! !


Sebenarnya kamu mesti nampak jelas di 'depan mata'. Dan berani bersaksi: "Inilah cagaranku di Tanah Sana." Bagaimana kamu nak nampak, kamu dah dibutakan oleh pendidikan semasa.

 

Tak dapat 'bersaksi' kerana kamu tak ada bukti jelas. Yang ada angan-angan kosong! Dan cerita-cerita dongeng penglipurlara daripada nenek moyang kamu saja.

KENAPA TAK BELI ILMU

Kamu memang tak sedar diri. Tak sedar yang kamu akan mati bila-bila masa. Sampai bila kamu nak kumpul dan simpan duit? Sampai orang kata kamu bodoh; duit ada otak tak ada.


Kenapa tak beli ilmu yang paling berharga dalam kehidupan ini. Iaitu ilmu hidup selepas mati. Kamu bijak dan sangat beruntung bila membelanjakan kesemua duit simpanan kamu bagi memperolehi ilmu yang menjamin kehidupan abadi di Tanah Sana.