Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Isnin, 23 Disember 2013

HANYA ADA PADAKU

Ingatlah kamu semua, rahsia Tanah Sana hanya ada padaku. Jadi kamu belum mengetahui rahsianya.


Sedarlah! Kamu hanya mengagak sahaja...

TAK TAHU NAK KEMBALI

Hari ini tiada seorang pun yang nak kembali ke Tanah Sana.


Semua dah jadi ahli dunia, binasa hilang bersama lenyapnya dunia!

Isnin, 2 Disember 2013

RASAI DULU SEKARANG

Kamu mesti merasai dan perlu mengalami sebahagian daripada kehidupan di Tanah Sana semasa hidup di dunia lagi.


Kalau tidak tiadalah 'kehidupan yang diharapkan' di Tanah Sana nanti.

Jumaat, 22 November 2013

HARI INI HARI SEMALAM

Bila kamu berada di Tanah Sana; dunia seperti semalam yang telah menjadi mimpi. Tetapi yang semalam itulah yang ada hari ini. 


Jadi ingatlah hari ini menjadi semalam. Bentuklah dirimu hari ini untuk hidup esok di Tanah Sana.

Khamis, 21 November 2013

SERONOK

Selagi kamu tak seronok nak ke Tanah Sana; kamu belum sempurna!


Rugilah kamu kalau masih belum sedar lagi...

Khamis, 7 November 2013

KURUNGAN

Selagi kamu tak nampak jelas benar sebagaimana yang kamu nampak ke mana tujunya hidupmu, selagi itulah kamu dalam kesesatan! 


'Keluarlah daripada kurunganmu'. Tetapkan pandangan ke Tanah Sana dan cepat-cepatlah berjalan jangan menoleh lagi nanti terlambat!

Selasa, 5 November 2013

TAK SETANDING

Sepatutnya kamu sentiasa mengingati dan mengintai-intai ke Tanah Sana dengan melupakan semua hal-hal duniamu.


Tetapi kamu semua langsung tak nampak yang kamu pasti ke Tanah Sana.


Inilah sebab yang kamu tak setanding denganku!

Ahad, 20 Oktober 2013

NAMPAK SANGAT KAMU JAHIL

Apa tidaknya memang nampak sangat kamu semua jahil. Siapa yang hidup menuju Tanah Sana? 


Semua melupakan Tanah Sana terasa hidup ini tiada akhir. Tanah Sana mainan bibir saja!

Rabu, 16 Oktober 2013

BUKAN AMAL KAMU

Kamu beranggapan bahwa amal ibadat kamu dapat membina kehidupan yang baik di Tanah Sana. Kamu telah silap! 


Sebenarnya kamu mesti mengenal yang memiliki Tanah Sana. Siapa yang berkuasa di atas semuanya ini...

Jumaat, 4 Oktober 2013

USAHA YANG SIA-SIA

Setiap detik yang engkau lalui dengan segala usaha yang engkau buat menjadi sia-sia kerana tiada satupun menyelamatkan kamu di Tanah Sana. 


Oleh itu berhati-hatilah pada setiap detik yang engkau lalui dan pada usaha yang sia-sia.

Khamis, 3 Oktober 2013

ORANG ALIM

Orang alim bila ingatkan mati, berat nak melangkah kaki. 


Bila ingatkan ke Tanah Sana tempat yang dituju, dunia tidak memberi bekas kepadanya.

Rabu, 2 Oktober 2013

PERGILAH JAUH KE DALAM

Pergilah sejauh-jauhnya ke dalam, ke Tanah Sana meninggalkan dunia ini. 


Semakin jauh kamu pergi semakin selamatlah kamu.

Selasa, 1 Oktober 2013

TIDAK RUGI APA-APA

Kamu tidak rugi apa-apa sekiranya meninggalkan segalanya untuk menumpukan sepenuhnya kepada kehidupan di Tanah Sana.

MASIH BODOH

Sebijak mana sekalipun kamu masih bodoh bila tidak mengambil keutamaan akan kehidupan di Tanah Sana yang abadi.

Isnin, 2 September 2013

KENA BERKORBAN

Kamu terpaksa berkorban dengan meninggalkan dan melupakan dunia ini untuk menumpukan sepenuhnya dan seterusnya kepada pencarian 'bekalan'  ke Tanah Sana. 


Selagi dunia masih terlekat di hatimu maka kamu tak akan nampak jalan ke Tanah Sana dengan Selamat.

Khamis, 15 Ogos 2013

ORANG BIJAK

Tanda orang bijak dia tidak memandang dunia tetapi sentiasa mengintai Tanah Sana yang dia pasti ke sana.

BERSIAP DIRI

Kamu sepatutnya belajar bagaimana nak bersiap diri ke Tanah Sana. 


Kerana orang yang bersiap sentiasa senyum menanti saatnya.

Selasa, 13 Ogos 2013

AKU REDHA

Sekarang aku redha. Jadi di Tanah Sana pun aku redha. 

Maka aku telah sampai ke maqam 'hadir bersama Tuhan'.

Jumaat, 2 Ogos 2013

SIAPA BERKUASA

Siapa yang berkuasa di Tanah Sana, tanah yang abadi? Tuhan? Siapa Tuhan? 


Kamu tak kenal. Kamu kena cari aku kerana aku satu-satunya yang mengenal siapa Tuhan sebenar.

TAK BOLEH MASUK

Sekiranya aku tidak memberi tempat kepadamu, kamu tidak boleh masuk hidup denganku di Tanah Sana.

Khamis, 1 Ogos 2013

TIADA AKHIR

Aku berkata tentang Tanah Sana, lebih baik katakan 'tiada akhir' daripada mengatakan 'kekal'.

Selasa, 23 Julai 2013

SAMA TAPI TAK SERUPA

Di Tanah Sana ada kehidupan sebagaimana kehidupan di sini. Tetapi tidak sama. 


Yang samanya kehidupan itu saja.

TAK PENTING

Bila semuanya tidak bermakna bagimu. Tidak penting. 


Yang penting bagimu adalah bagaimana nasib kamu di Tanah Sana. 


Maka kamu sedang berada di ambang pintu 'surga'.

Isnin, 22 Julai 2013

TIADA MASA TIADALAH RUANG

Di Tanah Sana 'masa' ada juga cuma tidak berakhir. 


Kalau tiada masa tiadalah ruang. Tiada ruang tiada kehidupan.

Jumaat, 12 Julai 2013

TERBUKA RAHSIA

Tiada siapa tahu bagaimana rupa Tanah Sana. Kamu semua mengkhayalkan gambaran masing-masing bersesuaian dengan tradisi masing-masing.  


Semuanya tak betul! Itu adalah 'khayalan manusia'. 


Rahsia sebenar ada denganku kerana telah terbuka bagiku semua rahsia yang tak diketahui manusia dan jin.

Ahad, 7 Julai 2013

LEKA

Hei manusia yang sedang menghampiri hari akhir adakah kamu cukup benar bersedia ke Tanah Sana? 


Masa yang berbaki amat bernilai setiap detik. 


Sedangkan kamu masih dalam keadaan meraba-raba - Leka!

Sabtu, 29 Jun 2013

HARI ABADI

"Marilah kamu bersamaku menanti Hari Abadi ke Tanah Sana..."

NAIK TAKHTA

Kalau kamu tidak dapat menguasai 'dunia' ini kamu juga tak dapat menguasai Tanah Sana.

 

Untuk boleh menguasai semuanya kamu mesti naik takhta menjadi Maha Kuasa.

Isnin, 24 Jun 2013

MENAKJUBKAN

Jalan kembali mudah bagiku. 


Tetapi kehidupan selepas mati di Tanah Sana sangat menakjubkan...

Ahad, 16 Jun 2013

MATA BATIN

Ingatlah Tanah Sana bukan seperti yang kamu fikirkan. Bukan sekali-kali seperti yang kamu anuti.

 

Kamu ikuti dan mempercayai sesuatu yang tidak betul!

 

Selagi kamu tak terbuka 'mata batin' yang dapat memandang 'rahsia segala rahsia' selagi itulah kamu tetap di situ walaupun ilmumu memenuhi dunia ini.

Sabtu, 15 Jun 2013

HAMBA-ABDI

Kalau kamu tiada kuasa membina kehidupan di Tanah Sana, mungkinkah kamu dapat hidup dengan 'surga' yang kamu harapkan?

 

Kalau tak mampu atau tak kuasa kamu hanya hamba-abdi sahaja! Malah lebih hina daripada itu lagi...

Khamis, 6 Jun 2013

SEDAP CAKAP

Tiada satu makhluk pun yang tahu bagaimana kehidupan di Tanah Sana. Semuanya 'sedap cakap' saja. 


Tetapi aku tahu ianya seperti apa yang aku alami ini...

Ahad, 2 Jun 2013

PELIK

Aku hidup di sini juga 'pelik'. Dan aku hidup di Tanah Sana juga 'pelik'. Jadi hidupku sungguh pelik!

Isnin, 27 Mei 2013

SETARAF HAIWAN

Kamu tahu duit dan harta kamu tak dapat menyelamatkan kamu daripada seksa/sakit. Juga tidak dapat menyelamatkan kamu daripada MATI!

 

Tapi kamu tak peduli. Itulah tandanya kamu sama darjat/pangkat dengan haiwan. Haiwan tiada tempat di Tanah Sana.

HATI YANG BERKARAT

Betapa kerasnya hatimu. Tebalnya 'karat' yang menyelubungimu. Sehingga kamu tak mahu 'mengaku' yang kamu sebenarnya tak tahu apa-apa tentang Tuhan dan Tanah Sana.

 

Cuma ikut saja, iaitu percaya pada cerita yang diperturunkan!

Khamis, 23 Mei 2013

TANAH SANA MATLAMATMU

Jadikan Tanah Sana matlamatmu. Kerahkan segenap tenaga untuk hidup di sana.

DIRI YANG SATU

Kamu mesti mengenal diri supaya dibangkitkan di Tanah Sana sebagai diri kamu yang sebenar.

 

"Hanya Satu Diri Yang Terdiri."

Isnin, 20 Mei 2013

Ahad, 19 Mei 2013

TIADA DI TANAH SANA

Orang yang tak ingatkan Tanah Sana adalah orang yang tiada Tanah Sana. 

 

Orang yang hanya ingatkan dunia akan hilang bersama lenyapnya dunia ini. 

 

Mereka tiada di Tanah Sana!

Rabu, 15 Mei 2013

Selasa, 16 April 2013

KAMU BOHONG


  • Kamu ada gambaran salah tentang Tanah Sana.
  • Kamu telah jadikannya kepercayaan suci.
  • Kamu harus sedar tiada pengetahuan tentang Tanah Sana.
  • Kamu sesat dan tertipu.

Bagaimana kamu boleh gambarkan sesuatu yang belum ada? 
  • Kamu bohong!

Rabu, 3 April 2013

TANAM SURGA

Di atas Roh kamu kena tanam 'Surga' sebagai bekalan kamu ke Tanah Sana.

Isnin, 11 Mac 2013

BENAR-BENAR MENYERAH DIRI

Janganlah kamu ingat selain daripada-Nya. Dan jangan kamu ikut selain daripada-Nya. 


Bila kamu benar-benar menyerah diri kepada Tuhan, maka kepada-Nya saja kamu perlu berharap. Inilah bekalan kamu ke Tanah Sana.

Selasa, 5 Mac 2013

TAK INSAF LANGSUNG

Kamu manusia tidak dapat lari daripada tiga perkara:

 

1. Kekuasaan Tuhan yang menjadikan dan menentukan nasib kamu semua.

 

2. 'Penunjuk Jalan' yang membimbing kamu kembali kepada-Nya dan membawa kamu ke Tanah Sana dengan selamat.

 

3. Kematian yang kamu semua 'menafikan'; tak insaf langsung!

Rabu, 27 Februari 2013

KAMU TIADA APA-APA

Bila kamu sedar kamu mari dengan tiada apa-apa, maka sedarlah kamu juga akan ke Tanah Sana dengan tiada apa-apa.

 

Kecuali kamu dapat memiliki dan menguasainya dengan membeli terlebih dahulu!

TUHAN TETAP DENGANKU

Walau dibakar hangus, namun aku tak terpisah dengan Tuhanku. Walaupun aku hancur lebur, aku tak bercerai dengan-Nya.

 

Walau di mana aku atau ke mana; ke Tanah Sana; di alam ghaib; ke langit atau di sini; Tuhan tetap denganku!

Jumaat, 22 Februari 2013

MUDA TAK TAHU TUA SESAT

Sebagaimana kata-kata orang terdahulu: Tidak ramai pemuda yang mencari jalan kembali ke Tanah Sana. 


Di sini aku pula mengatakan amat mengecewakan bila orang dewasa sesat dengan ilmu yang diwarisi daripada khalayaknya!

Khamis, 21 Februari 2013

MENYEMAKKAN AKAL

Kamu amat yakin dengan cerita-cerita daripada nenek moyang kamu tentang kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan di Tanah Sana. 


Kepercayaan itulah yang menyemakkan akal dan nampak sangat memperbodohkan kamu.


Sedangkan Tanah Sana adalah rahsia agung yang tak dapat digambarkan...Tetapi aku telah melihat rahsia itu!

Isnin, 18 Februari 2013

KAMU BELUM ADA APA-APA

Nanti di Tanah Sana apa kamu nak pandang? Nak dengar? 


Nak nikmati apa; jika sekarang kamu belum menyediakan apa-apa!

Jumaat, 15 Februari 2013

MEREMPAT

Aku dah jelaskan Tanah Sana seperti di sini; kalau belum ada tempat MESTI BELI; kalau tidak kamu merempat papa kedana!

Isnin, 11 Februari 2013

KAMU BUTA

Kamu terpesong dan juga dipesongkan; dengan meyakini kononnya amal ibadat dapat menyelamat dan membahagiakan kamu di Tanah Sana. 


Cuba pandang; nampak tak kehidupan kamu di sana. Tak Nampak? Itulah SESAT! Buta! 


Selagi tak nampak jelas selagi itulah kamu dalam kesesatan.

Isnin, 4 Februari 2013

BAGAIMANA KEADAAN KAMU

"Kalau kamu nak tahu bagaimana keadaan kamu di Tanah Sana; lihatlah bagaimana keadaan kamu sekarang!"

MENGINGATI

Kamu tidak seperti aku yang rindu dan sentiasa mengingati/bersedia ke Tanah Sana - Semuanya kerana kamu tersangat ralit (obses) dengan harta kemewahan kamu!

SURGA

"Surga di Tanah Sana adalah anugerah kepadamu seperti pingat darjah kebesaran yang dikurniakan oleh pemerintah disemat ke dadamu."

Sabtu, 2 Februari 2013

KAMU TERSESAT

Pastikah kamu ada dunia untukmu di Tanah Sana? Kamu telah terpedaya dengan janji-janji kosong guru-guru kamu; bahawa kamu akan hidup di Tanah Sana. 


Padahal kamu tidak ke Tanah Sana sepertiku. Aku pun tak tahu ke mana kamu pergi! Kamu tersesat!

Isnin, 28 Januari 2013

Jumaat, 11 Januari 2013

AKU HAIRAN

Aku heran melihat kamu bertungkus-lumus untuk hidup di dunia yang tak bermakna ini.

 

Dan teramatlah heran bila melihat kamu langsung tak teringat pada Tanah Sana yang menanti selepas mati.

 

Lagi-lagilah pelik bila tak seorang pun merasa benar-benar insaf dan takut akan MATI!

Khamis, 10 Januari 2013

TIBA GILIRAN

Tiba giliran kamu dipaksa meninggalkan jasad untuk ke Tanah Sana meneruskan kehidupan yang teramat asing bagi kamu!

Selasa, 8 Januari 2013

ILMU YANG TINGGI

Bukan amal yang banyak menjamin keselamatan kamu di Tanah Sana. Tetapi hanya 'Ilmu Yang Tinggi' saja dapat mengatasi dan menguasai segalanya.

KEWUJUDAN

Masa; ada mula, maka ada akhir. Tanah Sana tiada masa. Tetapi kewujudan.

 

Ada kelahiran tentu ada kematian. Tanah Sana bukan kelahiran. Tapi kewujudan.