Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Selasa, 4 November 2014

KEINGINAN YANG KUAT

Sentiasalah ada keinginan yang kuat kepada Tanah Sana yang akan tiba. Kerana keinginan yang kuat itu akan menghalau godaan dunia.

ORANG YANG BAHAGIA

Berbahagialah orang yang hidup dengan bayangan kehidupan di Tanah Sana. Iaitu dengan melenyapkan kehidupan dunia ini dengan bayangan tersebut.


Jumaat, 17 Oktober 2014

TANAH SANA YANG HAMPIR TIBA

Gembiranya aku bila mengingatkan kehidupan Tanah Sana yang hampir tiba. 


Sedihnya aku mengenangkan tiada siapa pun yang mahu ke Tanah Sana.

Isnin, 28 Julai 2014

SUSAH NAK BERITAHU

Memang susah nak aku beritahu kerana kamu tak nampak apa yang aku nampak. Aku nampak Tanah Sana yang kekal tidak punah-binasa. Tetapi kamu semua hanya nampak dunia yang sementara ini. 


Aku telah pasrah dengan aturan bahawasanya hanya sedikit saja yang bersih jiwa. Aku juga redha dengan ketetapan bahawasanya beberapa orang sahaja yang benar-benar hidup dengan 'Roh Tuhan'. Yang selebihnya menjadi 'tanah mati' yang tak berguna. Manakala rohnya hitam-gelap menjadi bahan bakar!

Ahad, 29 Jun 2014

ILMU MENGENAL

Ingatlah dengan 'ilmu mengenal' akan terbuka semua rahsia langit dan bumi juga rahsia Tanah Sana. 


Bila tiada 'yang terahsia' maka yang mengenal itulah Yang Maha Berkuasa.

Ahad, 15 Jun 2014

ORANG PALING BAHAGIA

Orang paling berbahagia di dunia ini adalah orang yang telah bersedia ke Tanah Sana.

Khamis, 22 Mei 2014

YANG SELAMAT

Yang selamat di Tanah Sana adalah orang yang bertemu dengan hakikat dirinya.

ORANG BAIK-BAIK

Ingatlah manusia Tanah Sana hanya untuk orang baik-baik sahaja.

Jumaat, 14 Mac 2014

HANCUR SURGA

Kamu haiwan yang sentiasa berbalah. Hanya layak hidup di dunia sahaja.


Kalau kamu hidup dalam surga di Tanah Sana, hancur surga itu!

Sabtu, 22 Februari 2014

TIADA DALAM PANDANGAN

Oleh kerana Tanah Sana tiada dalam pandangan maka tiada siapa pun yang berminat dengannya. 


Kecuali orang yang ditakdirkan...

Rabu, 5 Februari 2014

AKU TIDAK SEPERTIMU

Aku bukan seperti kamu mencari pahala mengharapkan surga.


Aku hanya menurut Tuhan yang menjalankan kehidupanku di sini dan yang menjalankan kehidupanku di Tanah Sana.

Selasa, 21 Januari 2014

KEPADA SEMUA MANUSIA

Aku diperintahkan kepada semua manusia. 


Siapa saja yang mahu kembali kepada Tuhan. Mahu berpaling menuju Tanah Sana yang sempurna lagi abadi...

Selasa, 14 Januari 2014

TIADA FAKTA

Bagaimana kalau Tanah Sana tidak seperti yang kamu gambarkan? 


Kamu tiada fakta tentangnya.