Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Jumaat, 22 November 2013

HARI INI HARI SEMALAM

Bila kamu berada di Tanah Sana; dunia seperti semalam yang telah menjadi mimpi. Tetapi yang semalam itulah yang ada hari ini. 


Jadi ingatlah hari ini menjadi semalam. Bentuklah dirimu hari ini untuk hidup esok di Tanah Sana.

Khamis, 21 November 2013

SERONOK

Selagi kamu tak seronok nak ke Tanah Sana; kamu belum sempurna!


Rugilah kamu kalau masih belum sedar lagi...

Khamis, 7 November 2013

KURUNGAN

Selagi kamu tak nampak jelas benar sebagaimana yang kamu nampak ke mana tujunya hidupmu, selagi itulah kamu dalam kesesatan! 


'Keluarlah daripada kurunganmu'. Tetapkan pandangan ke Tanah Sana dan cepat-cepatlah berjalan jangan menoleh lagi nanti terlambat!

Selasa, 5 November 2013

TAK SETANDING

Sepatutnya kamu sentiasa mengingati dan mengintai-intai ke Tanah Sana dengan melupakan semua hal-hal duniamu.


Tetapi kamu semua langsung tak nampak yang kamu pasti ke Tanah Sana.


Inilah sebab yang kamu tak setanding denganku!

Ahad, 20 Oktober 2013

NAMPAK SANGAT KAMU JAHIL

Apa tidaknya memang nampak sangat kamu semua jahil. Siapa yang hidup menuju Tanah Sana? 


Semua melupakan Tanah Sana terasa hidup ini tiada akhir. Tanah Sana mainan bibir saja!

Rabu, 16 Oktober 2013

BUKAN AMAL KAMU

Kamu beranggapan bahwa amal ibadat kamu dapat membina kehidupan yang baik di Tanah Sana. Kamu telah silap! 


Sebenarnya kamu mesti mengenal yang memiliki Tanah Sana. Siapa yang berkuasa di atas semuanya ini...

Jumaat, 4 Oktober 2013

USAHA YANG SIA-SIA

Setiap detik yang engkau lalui dengan segala usaha yang engkau buat menjadi sia-sia kerana tiada satupun menyelamatkan kamu di Tanah Sana. 


Oleh itu berhati-hatilah pada setiap detik yang engkau lalui dan pada usaha yang sia-sia.