Kamu dalam dua keadaan saja:
Sepertimana haiwan yang tiada kesedaran langsung tentang kehidupan di Tanah Sana.
Atau seperti orang mabuk (khayal) ralit dan selesa dengan kepercayaan merapu masing-masing.
Otak kamu sudah habis digunakan untuk mengumpul harta dan mencipta nama yang tak berguna! Kamu sudah 'blank', buntu nak ke Tanah Sana. Meraba-raba...
Maka ikutlah kamu apa yang ada di depan mata atau apa yang dipercayai ramai atau apa yang disogok tanpa memikirkannya lagi - HINANYA KAMU...
Aku gariskan cara ke Tanah Sana:
Gembirakan diri - Sehingga tiada lagi 'stress'. Yang ada hanya rasa seronok (suka) - Kekalkan di situ. Dapatkan 'kehalusan'.
Tinggalkan dunia dengan 'kelembutan'. Langkah ke sana dengan YAKIN.
Kamu tak perlu bersusah-payah memburu masa mempelajari dan mengumpul ilmu untuk selamat ke Tanah Sana. Dan tak perlu berlumba memperbanyakkan ritual kerana itu satu kesilapan besar dalam ajaran.
Kamu hanya perlu mengikuti Penunjuk Jalan; kerana dia saja yang jadi penyelamat.
"Aku dah tak risau lagi kerana kehidupanku di Tanah Sana sama dengan kehidupan sekarang ini."
"Aku dah tak takut lagi kerana sesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan."
"Sebagaimana aku mari ke sini, sebegitulah aku pergi ke sana."
"Semasa aku di Tanah Sana; ketahuilah aku yang dunia sekarang ini sebenarnya TIADA! Maka sedarlah kamu dunia ini TAK ADA. Yang ada hanya Tanah Sana yang abadi."
Siapa yang berani menjamin keselamatan kamu di Tanah Sana? Hanya Pencipta kamu saja yang dapat menjamin kesenangan kamu di Tanah Sana.
Sudah akrabkah kamu dengan Pencipta kamu? Kalau belum akrab, sudah tentu kamu tak selamat!