KULI - Apa yang kamu perlu guna hari ini, itu sajalah yang menjadi hak kamu ke atas duit yang banyak kamu simpan itu. Selebihnya menjadikan kamu 'kuli' jaga duit. Belilah Tanah Sana. Ada duit beli seluas mungkin. Jadilah pemilik 'tanah' yang terluas. Di sana kamu menguasai selamanya. Di sini kamu hanya kuli sampai mati!
Jumaat, 11 Januari 2013
Khamis, 10 Januari 2013
TIBA GILIRAN
Tiba giliran kamu dipaksa meninggalkan jasad untuk ke Tanah Sana meneruskan kehidupan yang teramat asing bagi kamu!
Selasa, 8 Januari 2013
ILMU YANG TINGGI
Bukan amal yang banyak menjamin keselamatan kamu di Tanah Sana. Tetapi hanya 'Ilmu Yang Tinggi' saja dapat mengatasi dan menguasai segalanya.
KEWUJUDAN
Masa; ada mula, maka ada akhir. Tanah Sana tiada masa. Tetapi kewujudan.
Ada kelahiran tentu ada kematian. Tanah Sana bukan kelahiran. Tapi kewujudan.
Ahad, 23 Disember 2012
BUKAN TEMPAT PEMBALASAN
Tanah Sana bukan tempat pembalasan seperti yang kamu percaya. Kamu dah silap!
Tanah Sana adalah sebuah kehidupan. Bagaimana?
Sabtu, 22 Disember 2012
HANYA MASA MENENTUKAN
Kebesaran alam ciptaan Tuhan; kehidupan di dunia hanya mimpi. Manakala kehidupan di Tanah Sana yang sebenar. Hanya masa yang menentukan.
Pada pandangan manusia; sekaranglah kehidupan sebenar. Tanah Sana khayalan sahaja...
Isnin, 17 Disember 2012
MERAPU
Kamu dalam dua keadaan saja:
Sepertimana haiwan yang tiada kesedaran langsung tentang kehidupan di Tanah Sana.
Atau seperti orang mabuk (khayal) ralit dan selesa dengan kepercayaan merapu masing-masing.
Langgan:
Catatan (Atom)