Orang Baik-baik Sahaja

Orang Baik-baik Sahaja
Tok Guru Bomo Kebaa

Isnin, 28 Julai 2014

SUSAH NAK BERITAHU

Memang susah nak aku beritahu kerana kamu tak nampak apa yang aku nampak. Aku nampak Tanah Sana yang kekal tidak punah-binasa. Tetapi kamu semua hanya nampak dunia yang sementara ini. 


Aku telah pasrah dengan aturan bahawasanya hanya sedikit saja yang bersih jiwa. Aku juga redha dengan ketetapan bahawasanya beberapa orang sahaja yang benar-benar hidup dengan 'Roh Tuhan'. Yang selebihnya menjadi 'tanah mati' yang tak berguna. Manakala rohnya hitam-gelap menjadi bahan bakar!

Ahad, 29 Jun 2014

ILMU MENGENAL

Ingatlah dengan 'ilmu mengenal' akan terbuka semua rahsia langit dan bumi juga rahsia Tanah Sana. 


Bila tiada 'yang terahsia' maka yang mengenal itulah Yang Maha Berkuasa.

Ahad, 15 Jun 2014

ORANG PALING BAHAGIA

Orang paling berbahagia di dunia ini adalah orang yang telah bersedia ke Tanah Sana.

Khamis, 22 Mei 2014

YANG SELAMAT

Yang selamat di Tanah Sana adalah orang yang bertemu dengan hakikat dirinya.

ORANG BAIK-BAIK

Ingatlah manusia Tanah Sana hanya untuk orang baik-baik sahaja.

Jumaat, 14 Mac 2014

HANCUR SURGA

Kamu haiwan yang sentiasa berbalah. Hanya layak hidup di dunia sahaja.


Kalau kamu hidup dalam surga di Tanah Sana, hancur surga itu!