KULI - Apa yang kamu perlu guna hari ini, itu sajalah yang menjadi hak kamu ke atas duit yang banyak kamu simpan itu. Selebihnya menjadikan kamu 'kuli' jaga duit. Belilah Tanah Sana. Ada duit beli seluas mungkin. Jadilah pemilik 'tanah' yang terluas. Di sana kamu menguasai selamanya. Di sini kamu hanya kuli sampai mati!
Khamis, 30 Ogos 2012
Ahad, 19 Ogos 2012
BOLEH BAWA
Kalau kamu tak dapat membawa rumah kamu yang mewah dan duit kamu yang banyak ke Tanah Sana amatlah rugi! Jangan tersalah anggap, kamu boleh membawanya.
Tahukah kamu ada satu rahsia yang boleh mengekalkan hak milik harta benda kamu daripada hilang. Kalau kamu tahu rahsia itu, kamu dapat menyelamatkan kesemua harta benda yang kamu sayangi.
Rabu, 18 Julai 2012
PAK TURUT
Orang yang hidup 'senang' di Tanah Sana adalah yang telah mengorbankan semua harta bendanya yang tak bermakna di dunia ini sebagai tukaran.
Kamu fikir kamu dapat percuma dengan mudah. Itu pikiran dangkal yang berbahaya! Yang sebenarnya kamu terikut saja. Pak Turut. Tak mahu tahu apa pun. Kamu serah kepada orang-orang yang kamu percaya. Kesilapan besar! !
Mesti ada 'pertukaran', 'perjanjian' dan 'jaminan'. Jangan tertipu lagi. Saya akan siapkan semua urusan itu.
Ahad, 15 Julai 2012
DAH DEKAT NAK MATI
Kamu selalu menilik cermin. Tapi tak perasan. Semakin tua. Kusam. Itulah tanda dah tak lama akan ke Tanah Sana. Pasti. Kurang cergas, kurang nampak, kurang dengar, kurang ingat. Semakin kurang semuanya. Tanda dah hampir nak mati!
Apa tunggu lagi? Persiap cepatlah sebelum tak sempat. Bukan tempah keranda, tempah tanah kubur, tapi tempah tempat 'istirehat' yang istimewa di Tanah Sana.
TUKAR AKAUN
Kamu semua maklum kuasa duit. Boleh beli apa saja. Itulah hukum. Kamu tak percaya duit boleh beli Tanah Sana, pasal kamu tak faham hukum.
Kamu ada duit banyak tak boleh bawa ke sana. Tak dapat berbelanja. Apa ertinya kamu diberi duit yang banyak itu. Rugilah.
Sebenarnya tak rugi. Kamu boleh simpan untuk belanja di Tanah Sana. Cuma tukar akaun daripada akaun sini ke akaun sana. Mudah saja.
Jumaat, 13 Julai 2012
TAK BETUL TAPI NAMPAK BETUL
Kalau di sini tempat yang akhir tak kisah sangat. Di sini segala-galanya berakhir. Satu kehidupan yang betul-betul nampak betul. Tetapi sebenarnya 'kosong'. Tiada apa.
Kamu tak faham. Sebab kamu suka dengan kesukaan 'kosong' yang akan hilang. Kamu tak nampak kehidupan sebenar yang tak hilang di Tanah Sana. Kehidupan yang mesti dituntut. Kena beli dengan harga yang teramat tinggi!
TAK ADA KENA MENGENA
Sedari dulu lagi manusia meletakkan tanggungjawab persiapannya ke Tanah Sana di tangan 'orang-orang tertentu'. Tak ada kena-mengena langsung.
Kamu yang akan ke sana. Kamu sendirian. Tiada siapa dapat menolong. Kecuali duit kamu yang banyak kamu belanjakan untuk menempah tempat istimewa di Tanah Sana. Tak mungkin duit yang banyak itu tak dapat menyelamatkan kamu.
"Saya katakan kepada kamu; lagi banyak kamu belanjakan lagi tenteram kamu di sana!"
Langgan:
Catatan (Atom)