KULI - Apa yang kamu perlu guna hari ini, itu sajalah yang menjadi hak kamu ke atas duit yang banyak kamu simpan itu. Selebihnya menjadikan kamu 'kuli' jaga duit. Belilah Tanah Sana. Ada duit beli seluas mungkin. Jadilah pemilik 'tanah' yang terluas. Di sana kamu menguasai selamanya. Di sini kamu hanya kuli sampai mati!
Selasa, 21 Januari 2014
Selasa, 14 Januari 2014
TIADA FAKTA
Bagaimana kalau Tanah Sana tidak seperti yang kamu gambarkan?
Kamu tiada fakta tentangnya.
Isnin, 23 Disember 2013
HANYA ADA PADAKU
Ingatlah kamu semua, rahsia Tanah Sana hanya ada padaku. Jadi kamu belum mengetahui rahsianya.
Sedarlah! Kamu hanya mengagak sahaja...
TAK TAHU NAK KEMBALI
Hari ini tiada seorang pun yang nak kembali ke Tanah Sana.
Semua dah jadi ahli dunia, binasa hilang bersama lenyapnya dunia!
Isnin, 2 Disember 2013
RASAI DULU SEKARANG
Kamu mesti merasai dan perlu mengalami sebahagian daripada kehidupan di Tanah Sana semasa hidup di dunia lagi.
Kalau tidak tiadalah 'kehidupan yang diharapkan' di Tanah Sana nanti.
Jumaat, 22 November 2013
HARI INI HARI SEMALAM
Bila kamu berada di Tanah Sana; dunia seperti semalam yang telah menjadi mimpi. Tetapi yang semalam itulah yang ada hari ini.
Jadi ingatlah hari ini menjadi semalam. Bentuklah dirimu hari ini untuk hidup esok di Tanah Sana.
Khamis, 21 November 2013
SERONOK
Selagi kamu tak seronok nak ke Tanah Sana; kamu belum sempurna!
Rugilah kamu kalau masih belum sedar lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)